October 16, 2011

Present Tense? Past Tense? TENSI!



Hehehe... lama tak mengarut kat blog ni. Maklum le, teman sibuk dengan projek MyMediaWerkz yang baru je tiga minggu usianya, dan baru mula mencuri perhatian segelintir umat 'dalam talian'.

Entri kali ni tak panjang sangat. Cuma teman nak mengajak sesama kita untuk memerhati dan meneliti penggunaan bahasa kita seharian.


Antara yang menarik perhatian teman :

1. "Please resent the email." - Resent ke resend? Mengikut Google Define, resent (re-sent) diterjemahkan sebagai 'Feel bitterness or indignation at (a circumstance, action, or person)'. Jadi, macamana rasanya tu? Betul ke penggunaannya? Apa? Tak faham? Maknanya bukan itu le kome nak maksudkan, betui tak?

2. "I'll reviewed your report ..." - Sekarang ceritanya nak review ke dah review? Cuba kome cakap betui-betui.

3. Hantar, submit... maka... penghantaran? "Submittion"? Ah, sudah...

4. "I readed the newspaper this morning." Aaa...??? Yang idak-idak le kome nih.

5. "It's 1 o'clock already! Jom la makan.", kata sahabatnya mengajak... Jawabnya? "Ya la. Aku belum makan already!" Hahaha... dah salah ke belum salah already?

Ini baru sikit ni. Kalo nak himpun sungguh-sungguh, mau tak larat teman nak menaip. Bukan niat teman nak memalukan, tapi agak-agak la ye. Kalau kerja pangkat pengurus ke eksekutif ke, penyelia operasi ke... kalau taip emel pun bahasanya sampai orang tak berapa nak faham, itu payah juga ye. Kalau bercakap, jangan cerita la. Cakap orang putih, tapi punya la tinggi tahap bahasa, sampai 'mat salleh' sendiri tak boleh nak faham.

Sebut ikut nada Dato' Dr. Fadzilah Kamsah, "Insan yang cemerlang tidak berkecil hati jika ditegur, tetapi sentiasa berfikiran positif dan memperbaiki diri..."

Sekian untuk kali ini. Wassalam...

October 9, 2011

Identiti Tidak Identikal

Ah sudah! Ni penyakit lagu 'pulanglah sebelum ku runaway...' dah datang balik ke ni? Apa cerita plak tajuk entri kali ni ada perkataan pelik-pelik ni? 'Identikal' ni dah di-Melayu-kan ke? Aaaahhh... bukan kita sedar pun kalau 'diorang' me-Melayu-kan satu-satu perkataan Inggeris tu. Contohnya, komprehensif. Ada ke perkataan bahasa kita macam tu? Tiba-tiba je jadi ada kan?


Nampak jelas, kita semakin hampir dengan orang putih, mat salleh kan? Bahasa pun dah semakin hari semakin sama. Tapi, kita nak hampir dengan diorang ni, kita ni perangai ada bagus macam orang putih tu ke? Woaaa... kurang ajar lu. Dah lebih mamat ni... "Apa celup?" Boleh dibezanya mat salleh dengan orang kita, dikatanya bangsa penjajah tu lebih bagus daripada bangsa kita.


Ini tak boleh jadi ni! Minda terjajah namanya ni! Tak 1 la macam ni!


OK, cukup... jangan nak merepek meraban panjang sangat. Nak kena 'tembi' ke? (Kalau tak faham maksud perkataan 'tembi' tu, boleh tanya Sham Abidin ke, Eylla Mazlan ke ye...?) Teman bukan nak cerita pasal tu pun. Entri kali ni teman nak kisahkan tentang pemikiran komersil vs. imej dan identiti korporat.


Cheap! Yes, cheap! Adakah bangsa Malaysia terlalu murahan? Jawab sendiri... Sekejap lagi ada la yang nak keluar hujah-hujah bangsa kita berdaulat, demokrasi terpimpin, macam-macam la lagi. Melalut la korang, teman tak kisah pun. Sebab teman nak sampaikan benda-benda yang bersifat 'faktual' sahaja di sini. Omong-omong kosong, tak payah cerita kat sini, sila bawa ke dewan ye.


Lihat contoh di dalam gambar ni ye. Renung dengan sepenuh ketelitian yang kome sekalian termampu. Tarik nafas panjang-panjang... bertenang, dan cuba cernakan, apa yang ingin disampaikan.


(Laman utama sebuah syarikat jual-beli dalam talian dari Amerika dengan nama domain berakhir .com, pada tarikh 9 Oktober 2011. - Sila klik imej untuk besarkan.)



(Laman utama syarikat yang sama, tetapi cawangan Malaysia dengan nama domain berakhir dengan .com.my pada tarikh dan masa yang sama)


Arrrggghhh... sakit kepalaaa... Apa yang kome dapat lihat? Cuba huraikan dengan jujur dan berterus-terang. Teman sendiri tak mampu nak komen panjang-panjang tadi, cuma satu perkataan saja yang keluar dari mulut celupar teman ni, "Cheap!".

Tidak dapat dinafikan, pengiklanan adalah salah satu punca pendapatan penting dalam perniagaan dalam talian, tetapi situasi itu juga taklah sepatutnya membolehkan kita 'menyumbat' apa sahaja yang muat dan sempat di situ untuk mengaut untung.

Bila kita lihat dengan teliti lagi sekali gambar-gambar tadi, teman membayangkan seakan yang gambar pertama tu seumpama makan di restoran 5 bintang yang pelayannya cukup tertib berbudi-bahasa, manakala yang gambar kedua tu saling tak tumpah seumpama makan makan di gerai mamak Lokman di simpang jalan ke tempat teman bekerja. Belum habis teman sebut apa teman nak makan, udah ditempiknya ke dapur... 

"Roti banjir, 'tulur' mata taruk atas, teh O ais limau!". Padahal musim hujan, teman minum teh O limau suam. Apa laaa...

Hmmm... kita mungkin cuba dihampirkan dengan mat salleh melalui bahasa, tetapi dari segi kehidupan dan cara berfikir, kita masih jauh ketinggalan rupanya. Wallahhua'lam...

Sekian bebelan untuk kali ni. Wassalam.

October 6, 2011

[TOLONG SEBARKAN] Peringatan Kepada Semua


Kepada sesiapa sahaja yang membaca artikel ini, harap meletakkan rasa tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Jika anda tidak memanjangkan maklumat ini, bererti anda bukan seorang yang bertanggungjawab. Peranan semua amat diperlukan bagi saling mengingatkan sesama kita. Teruskan membaca. Anda akan tahu betapa besar tanggungjawab anda.
Tarikh hari ni 6 Oktober 2011, hari Khamis. Esok kan hari Jumaat. Ingat-ingatkan kepada yang lupa, esok Jumaat. Yang laki jangan nak ngelat-ngelat bebuat lupa plak ye. Pegi mesjid le weh...!!!

Haaa... itu la peringatannya. Apa lagi, sebarkan la. Kome suka sangat tak baca apa, tak usul-periksa, kome main taram je, share sana-sini, orang tu kata sebarkan, kome pun ikut je sebarkan. Bukan kita tau dia tulis tu betui ke tidak. Baca dulu elok-elok. Tanya pandangan yang arif. Jangan main sebarkan aje. Mana tau benda tak betui. Tak ke naya...

Hmmm... sekian la entri tak tentu arah untuk petang ni. Hehehe. Saje je teman nak ngajak kome berfikir. Wassalam...

October 5, 2011

Berjual-Belilah Pulak! Macam-Macam Laaa...

Hehehe. Lain macam je bunyi tajuk entri ni ye? Hmmm... tajuknya mungkin bunyi macam nak kelakar macam tu, tapi isi kandungan artikel ni tak la kelakar pun. Sebenarnya tak kelakar langsung!


Teman biasa jumpa, biasa bersembang dengan sahabat-sahabat dan kenalan yang baya-baya teman, ada yang lebih tua, ada yang baru habis usia remaja. Cerita pasal nak buka bisnes ni memang selalu la sangat teman dengar.


Memang dah jadi trend masa kini gamaknya, siapa yang makan gaji, tambah-tambah yang kerja dengan swasta, ada saja la yang tak kena dengan tempat kerja. Ada yang kata gaji tak padan dengan kerja, ada yang masalah dengan rakan tempat kerja, ada yang kata bos tak pandai bagi arahan, dan ada juga yang gaduh dengan awek kat tempat kerja. Haih, pendek kata ada saja la masalahnya.





Dah jadi kelaziman juga teman dengar para sahabat teringin sangat nak buka bisnes sendiri, nak merasa jadi bos dan jadi kuli sendiri. Niat tu dah betul, tapi apa masalahnya ye? Buk bak buk bak punya panjang lebar cerita, ada halangan-halangan besar yang nak ditempuh sebelum dapat menikmati keindahan jadi bos sendiri tu rupanya.


Antara masalah lazim kita dengar -


1.) Tak cukup modal
2.) Belum pasti ada pelanggan nanti
3.) Sementara nak kukuhkan bisnes, kena la kerja juga. Bila masa nak buat marketing?
4.) Nak jumpa bakal klien pun nak guna duit juga


... dan banyak lagi la kisahnya.


Tapi, pernah tak kita berfikir di luar kelaziman? Bak kata orang Banjar, 'thinking out of the box'. Kenapa tak gunakan medium alternatif?


Takkan di dalam kehidupan moden ni kita tak pernah dengar e-dagang, pemasaran dalam talian,  e-katalog, dan beberapa jenis berpangkal 'e-' yang membawa maksud amalan yang hampir sama, iaitu memanipulasikan Internet sebagai medium pemasaran dan penggalak jualan.


Percaya tak kalau teman katakan semua masalah yang teman senaraikan tadi tu, boleh diselesaikan, atau paling tidak dapat diringankan dengan sedikit usaha untuk mencuba perkara baru ni. (Tak berapa barulah sangat pun)


Ramai orang tau benda ni, tapi tak ramai orang yang nak mencuba. Sebabnya? Teman banyak kali dah cerita, tapi ramai juga yang tak percaya. Dikatakan susah, banyak nak kena belajar, tak pandai bahasa Inggeris, dan pelbagai alasan lagi.


Maka, teman rasa seseorang kena pecahkan tradisi pemikiran jumud ni dari membelenggu bangsa kita yang sedang meningkat maju. Sepanjang minggu ni teman akan cuba menyibukkan diri untuk menyiapkan satu laman blog pemasaran dan sebagai langkah lanjutan, teman akan lengkapkan dengan ciri-ciri tempahan secara dalam talian, dalam tempoh terdekat ni. InsyaAllah.


Bukannya teman ni nak tunjuk lagak, apa lagi berniat nak mengaut untung berlebihan dengan mengambil kesempatan atas kekurangan sifat kesedaran orang kita, tapi sekadar nak membuka mata semua yang selama ni memikirkan perkara ni payah sangat nak dibuat.


Nak buat untung lebih? Teman nak tanya, siapa sini sanggup buat kerja pemasaran, ambil upah serendah 38 sen (iya, betul RM 0.38) untuk menjual mana-mana produk pengguna yang berharga sehingga RM10? Yuran tu pun teman letak paling rendah yang mungkin sebab nak menanggung yuran tahunan syarikat hosting dan yuran nama domain.







Kome tak percaya juga? Tengok dekat laman blog ni, http://mediawerkz.braderpet.com, iklan-iklan dalam tu semuanya percuma, diulang... FREE! Yang ada menanggung kos urusniaga dalam talian ni pun hanya pihak-pihak yang jadi Ahli Premium sahaja, yang buat masa ni hanya ada tiga iaitu pengedaran pakaian wanita Zaybee e-trade, barangan penunggang motorsikal MotoShamz dan projek cetakan segera MediaWerkz sendiri.


Agak pelik bunyi amalan perniagaan ni? Tak pelik sebenarnya. Inilah amalan biasa syarikat-syarikat gergasi Internet dan multimedia seluruh dunia. Mereka mengenakan caj kepada klien-klien besar dan pengiklan mereka, dan di masa yang sama dengan sumber dan kelengkapan yang sedia ada, mereka tawarkan khidmat-khidmat yang asas dan mudah secara percuma kepada orang awam.


Teman hanya nak membuka mata para sahabat sekalian yang sekian lama angan-angannya nak buka bisnes, tapi terhenti di satu tahap yang membuntukan. Apa lagi? Bendanya dah teman sediakan. Pucuk pangkal pada hati dan kesungguhan sendiri. Nak berjaya, kena la usaha. Mana maunya untung datang menggolek-golek ke riba.


Fikir-fikirkan wahai sahabat-sahabat dan kenalan teman. Walahhua'lam.


Wassalam. Sekian untuk kali ni.

October 3, 2011

Himpunan Keluarga Selepas Majlis Perkahwinan Shafira Adlina aka Tuty (1 Okt. 2011)

Hehehe... gambor-gambor ni ada permintaan. Dari semalam orang tanya teman, bila nak upload. Ni le dianya ye. Kome tengok le puas-puas.


Jangan marah aaa. Teman kena tunggu lewat malam baru line 'Salkum Berukbeng' ni ringan sikit.






































Ahaaa... besor kan keluarga kitorang ni. Bila balik kampung kalau ada kenduri ke, masa raya ke... huih... memang ramai. Kalau teman bukak pondok kutip duit parking, mau cukup duit minyak balik Kota Damansara. Hahaha...

OK... itu je la kot untuk entri ni. Wassalam...

Memindah Naik Imej Cara Alternatif

Uih! Payah benor le bunyinya kalo benda-benda teknikal ni nak guna Bahasa Melayu. Tapi tak apa le. Teman rasa kome faham ni. Pindah naik ni dalam bahasa Inggerisnya disebut upload. Haaa... kan tau. Bila sebut istilah asalnya, kome faham le kan? Sebut pindah naik ni, bunyi ropa orang nak pindah dari rumah teres ke rumah apartment le pulak ye? Kah kah kah.


Apa-apa pun, entri kali ni kita nak berkongsi cara alternatif macamana kita nak upload fail-fail imej dari komputer kita ke mana-mana ruang perkongsian online, contohnya dalam Facebook ke, Picasa Web Albums ke, Flickr ke... lebih kurang macam tu la ye.


Ada banyak software boleh guna untuk upload gambar-gambar ni ke server, selain dari kita guna pelayar web biasa kita tu. Contohnya macam Bloom (http://antaki.ca/bloom), Easy Photo Uploader (http://apps.facebook.com/easyphotouploader) dan Shotwell Photo Manager (http://yorba.org/shotwell).


Bloom

Facebook Easy Photo Uploader

Shotwell Photo Manager

Oleh sebab teman guna Linux, teman ceritakan kat sini cara guna Shotwell la ye. Itu contoh paling mudah dan paling jelas teman dapat cari malam ni. Tapi... hehehe... sebelum kome tanya, teman jawab dulu le ye. Mesti ada yang tanya, kenapa tak upload terus kat skrin Facebook ke, blog ke, Picasa ke... ini nak menyusahkan diri plak.


Ceritanya macam ni. Kalau kita kerap kendalikan fail-fail imej yang besar, kita mesti tau yang setiap kali kita buka satu-satu laman web, banyak kandungan lain kita kena pindahkan sekali, macam teks, logo, imej-imej iklan dan sebagainya. Ini banyak menggunakan pindahan data dan boleh dianggap pembaziran sumber yang tak perlu.


Kalau kita gunakan software yang khas untuk uruskan imej online macam yang di atas tu, pembaziran tu dapat dielakkan, dan hasilnya, pindahan fail imej kita yang besar-besar tu lebih lancar dan tidak mudah tersangkut di tengah jalan.


Langkah-langkah yang perlu untuk upload imej menggunakan Shotwell :





1. Pilih imej-imej yang ingin dipindahkan (Menu Edit>Select All, kalau nak upload semua imej di dalam paparan Shotwell).


2. Klik ke menu File>Publish,





3. Pilih ke mana imej-imej tu nak diterbikan, contoh kat atas ni, Picasa Web Albums (atau Flickr, Facebook, dan sebagainya), dan masukkan maklumat-maklumat login, serta lokasi atau album yang hendak dimuatkan dengan gambar-gambar tu.


4. Setelah selesai memasukkan semua maklumat yang perlu, klik pada Publish.



5. Shotwell akan mula memindahkan fail-fail imej tu ke server dan album yang kita pilih tadi.



6. Bancuh kopi ke, coklat panas ke, rendam mi segera ke... sambil tu tunggu je la Shotwell sudahkan kerjanya.


7. Siap...!!! Hahaha...


Macamana? Senang kan kalau tau caranya? Hmmm... lain kali kita sembang lagi pasal cerita komputer kalau teman ada masa nak buat screen capture banyak-banyak camni. Hehehe.


Sekian entri kali ni. Wassalam...